
Assalamualaikum & Salam Sejahtera... Mungkin masih ramai dikalangan kita belum tahu tentang makanan tempatan ini (Acar Rebung ). Disini saya nak memberi tahu lebih lanjuk tentang Acar Rebung KakLia. Acar rebung merupakan salah satu masakan traditional malaysia dan sangat popular bagi kalangan orang utara terutamanya di Perlis. Dengan menggabungkan tiga element rasa masam, manis dan sedikit masin, ianya dapat membangkitkan selera setiap orang yang memakannya Acar rebung kak lia ini merupakan resepi turun temurun keluarga yang telah diolah tetapi masih lagi mengekalkan keaslian rasanya . Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa rebung merupakan salah satu jenis sayur yg berasal dr hutan traditional di china selama lebih 2500 tahun. Tidak hanya sedap tetapi ianya mempunyai 1001 khasiat yg menjadikannya sebagai salah satu makanan kesihatan yang paling popular.